Alabama Industry Digest
SEE OTHER BRANDS

Get your fresh news on industries and services in Alabama

Bitget Bekerjasama dengan UNTOLD Festival, Di Mana Web3 Menjadi Tumpuan Utama

Bitget Menjadi Tumpuan di peringkat global sebagai Rakan Web3 eksklusif UNTOLD

CLUJ-NAPOCA, Romania, July 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia, telah bekerjasama dengan UNTOLD - salah satu daripada tiga festival muzik terbaik di dunia - untuk menyatukan budaya pop dengan Web3. Dengan kerjasama ini, Bitget kini menjadi penaja rasmi UNTOLD X pada bulan Ogos dan kerjasama tersebut akan diteruskan di UNTOLD Dubai pada hujung tahun ini. Lebih daripada 400,000 peminat muzik dijangka menghadiri festival ini, membawa mesej Bitget ke pentas utama dan mengajak dunia untuk — Feel the Beat.

Perkongsian ini menandakan langkah paling berani Bitget setakat ini dalam menceburi dunia muzik dan budaya belia. Berikutan kerjasama yang mencuri tumpuan bersama LALIGA dan MotoGP, kolaborasi dengan UNTOLD membuktikan bahawa Bitget bukan sekadar hadir, malah mencuri perhatian sepenuhnya. Matlamatnya? Membawa Web3 ke barisan hadapan, belakang pentas dan setiap hentakan bass di antaranya.

“Kami telah bekerjasama dengan atlet, juara dan kini bintang rock,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “UNTOLD menyuarakan semangat generasi seterusnya. Dan begitu juga kami. Sama ada anda menari bersama ribuan peminat atau berdagang sambil bergerak, Bitget sentiasa bersama anda untuk menjadikan setiap detik lebih bermakna. Kami berada di sini untuk berhubung, bergerak seiring dengan rentak budaya pop serta menunjukkan bahawa Web3 adalah pintu masuk dalam usaha meluaskan cakrawala.”

Menduduki tempat ke-3 dalam senarai DJ Mag’s Top 100 Festivals di peringkat global, UNTOLD telah menjadi mercu tanda budaya. Festival ini menampilkan persembahan langsung daripada artis terkenal seperti Imagine Dragons, Lenny Kravitz, Bebe Rexha, Major Lazer, Charli XCX dan Jason Derulo. Bintang muzik elektronik seperti Martin Garrix, David Guetta, Armin van Buuren, Solomun dan Amelie Lens juga akan menghiburkan para penonton.

“Kami teruja menyambut Bitget sebagai rakan global UNTOLD. Kolaborasi ini bukan sekadar penajaan; ia adalah tentang membina jambatan antara dunia muzik, budaya dan masa depan kewangan,” kata Bogdan Rădulescu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Perniagaan UNTOLD Universe. “Bersama-sama, kami akan mencipta pengalaman yang mentakrifkan semula cara komuniti berhubung dan meraikan kehidupan merentasi benua.”

Edisi ulang tahun ke-10 festival ini menjanjikan sesuatu yang legenda, dengan Post Malone, Armin van Buuren, Tiësto dan Martin Garrix mengetuai barisan artis. Bitget akan hadir sepanjang perjalanan (setiap langkah) dari acara yang mengasyikkan hingga ke pengalaman VIP yang ekslusif.

Bitget tampil bergaya di barisan hadapan UNTOLD, mentakrifkan semula apa maknanya menjadi VIP sebenar. Bayangkan akses ke belakang pentas, ruang istirahat ultra-eksklusif dan detik-detik yang tidak akan dilupakan. Semuanya khas untuk mereka yang hidup dengan penuh gaya dan mahukan hanya yang terbaik.

Perkongsian ini bermula di ulang tahun ke-10 UNTOLD di Cluj-Napoca. Ia akan diteruskan ke UNTOLD Dubai, di mana Bitget sekali lagi akan membawa semangat Web3 ke salah satu pentas budaya paling dinamik di dunia.

Tatkala UNTOLD meraikan sedekad kenangan muzik yang epik, Bitget melangkah ke pentas utama untuk memperkuatkan apa yang bakal datang. Perkongsian ini berteraskan resonansi. Dari Cluj hingga ke Dubai, Bitget sedang mentakrifkan semula cara generasi baharu berhubung dengan kewangan, budaya dan antara satu sama lain.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Menyediakan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya serta penyelesaian dagangan lain. Ia menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto lain.

Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp, dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui kerjasama strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Perihal UNTOLD

UNTOLD Festival, salah satu acara muzik terbesar di dunia, bakal menyambut ulang tahun kesepuluhnya musim panas ini. Bermula di Transylvania, Romania, UNTOLD kini menduduki tempat ke-3 dalam kedudukan Top 100 Festival pilihan DJ Mag. Pada 2015, UNTOLD Festival mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Festival Utama Terbaik di Eropah d, sekali gus menjadi festival yang pertama menerima penghargaan itu selepas edisi sulungnya.

UNTOLD akan menyambut ulang tahun ke-10 pada 2025 dengan barisan artis hebat seperti Post Malone, Metro Boomin, Anyma, Armin van Buuren, Martin Garrix (Set Khas UNTOLD), FISHER, Tiësto (Extended Set), Don Diablo (Extended Set), Dom Dolla, Adriatique dan banyak lagi. Lebih 430,000 peminat dari seluruh dunia dijangka hadir di Cluj-Napoca dari 7 hingga 10 Ogos untuk meraikan ulang tahun ke-10 UNTOLD.

Perihal UNTOLD Universe

UNTOLD Universe merupakan salah satu kumpulan hiburan dan penganjur acara langsung terkemuka di dunia. Antara portfolio mereka ialah festival UNTOLD (kedudukan ke-3 dalam Top 100 Festival pilihan DJ Mag), Neversea (ke-21), UNTOLD Dubai (ke-40), dan Massif sebuah pengalaman muzik musim sejuk di pergunungan Romania. Selain festival, UNTOLD Universe turut menganjurkan acara kebudayaan lain seperti pasar Krismas, kerjasama antarabangsa, aktivasi jenama, kempen komunikasi serta penghasilan filem.

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/45253b75-d3b8-4f34-ae98-50aaef502438


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service